Pantun Seloka

Banyak riwayat yg menganjurkan kita untuk banyak bershalawat untuk Rosululloh sholallohu’alaihi wasallam,, salah satunya adalah berikut ini:

walau sekarang weekend tetap sahajalah perbanyak shalawat utk Baginda tercinta ^^  للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Dari Abi Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أكثروا علي من الصلاة في كل يوم جمعة فإن صلاة أمتي تعرض علي في كل يوم جمعة فمن كان أكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة

Terjemahan: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.

(Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791. Syu’abul Iman, 3/110, no. 3032.)

***

Berikut ini ada sedikit pantun gubahan bang Amin, sahabat saya! cukup indah makanya nak posting disini, semoga bisa mengambil pesannya:

PANTUN SELOKA MAULID NABI
Rabiulawwal dtg lagi
Bulan dinanti perindu nabi
Siapa yg sudi silakan rai
Kalau tak mau pun itu hak peribadi

Salah menyalahi cuba jauhi
Cuma haruslah berhati-hati
Janganlah bab ini berapi-api
Tapi harijadi sendiri bukan main lagi
Walaupun itu tahun masihi
Hadiah menghadiahi ucap mengucapi
Bukan main suka bukan main happy

Bagi mereka yg ingin rai
Banyakkan selawat kepada nabi
Juga tazkirah bab sirah nabi
Sunnah baginda pun dituruti
Walaupun bukan khusus bulan ni
Cuma dilebih-lebihkan lagi

Pernah ditanya kepada nabi
Mengapa berpuasa di Isnin hari
Jawab baginda itulah hari
Ku dilahirkan dan dilantik menjadi nabi

Ayuhlah teman kita sedari
Yg lebih aula silaturrahmi
Dari berbalah sesama sendiri
Bab nak sambut ke tidak maulid nabi
Salinglah kita hormat menghormati
Masing2 punya pandangan sendiri
Ulama juga sudah sepakati
Terpulanglah kita utk ikuti

Sekian dulu seloka ini
Utk pedoman diri sendiri
Janganlah simpan di dalam hati
Andainya ada yg terguris hati
Semoga kita dikasihi Nabi
Dapat syafaatnya di akhirat nanti
Jom kita selawat nabi
Allahumma solli ala muhammad wa ala alihi washabihi.

Advertisements

Diskusi Yuuk? ~~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s